Dong Zong akur perintah mahkamah, batalkan perhimpunan esok

0

Persidangan isu tulisan jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Dong Zong yang dijadual berlangsung di Kajang esok, dibatalkan selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, pihaknya akur dengan larangan mahkamah yang diterima jam 5.10 petang tadi.

Sehubungan itu, katanya, semua wakil dan pertubuhan terbabit diminta membatalkan kehadiran ke Persidangan Pertubuhan Cina berkenaan.

Difahamkan lebih 100 persatuan dari seluruh negara telah menyatakan kehadiran masing-masing.

“Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah atas alasan mengganggu ketenteraman dan tidak membenarkan persidangan ini diadakan di sebuah kolej di Kajang yang dijadual berlangsung esok.

“Dong Zong akan memberi maklum balas seterusnya selepas perbincangan dalaman” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak tampil mendesak Dong Zong membatalkan hasrat persekutuan itu dalam menganjurkan kongres isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Desakan dibuat susulan tindakan Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia, Jiao Zong mahu meneruskan kongres isu pembelajaran tulisan jawi itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas

Leave a Reply