Dnars takluki ruang angkasa Indonesia

0

Dnars jenama kosmetik tempatan kini telah menembusi pasaran Indonesia.

Walaupun pengasasnya Allahyarhamah Hjh Faziani Rohban Ahmad telah pulang mengadap Yang Esa, namun usaha Allahyarhamah tidak ternokhtah di situ sahaja.

Menurut perkongsian status salah seorang penumpang Air Asia Indonesia ke Kuala Lumpur, Mohd Saiful Bukhari Azlan, produk Dnars dijual di dalam pesawat berkenaan.

“Saya merasa bangga apabila melihat iklan dan penjualan produk anak melayu Malaysia semasa saya dalam penerbangan Air Asia Indonesia”, tulisnya di facebook.

Menurut Mohd Saiful yang juga merupakan sahabat kepada abang Pengasas Dnars Allahyarhamah Hjh Faziani, Haji Faisal Rohban kini bertanggungjawab menguruskan perniagaan Dnars di Indonesia.

“Sekalung tahniah diucapkan pd sahabat saya Hj Faisal kerana berjaya memperkukuh jenama dan perniagaan Arwah Adiknya di Indonesia. Sekarang, produk Dnars Indonesia sudah boleh dibeli dalam pesawat Air Asia Indonesia”, katanya.

“Bukan mudah untuk berniaga di negara orang. Di Indonesia, terdapat ribuan jenama gergasi kecantikan yang perlu mereka bersaing. Satu pencapaian Anak Melayu Malaysia yang perlu di banggakan. Moga ia menjadi inspirasi buat kita semua”, katanya.


Mohd Saiful turut berkongsi gambar iklan di dalam pesawat dan di badan pesawat Air Asia Indonesia.

Tahniah dari kami di The Malaya Post.

Al-Fatihah buat Pengasas Dnars, Allahyarhamah Hjh Faziani Rohban Ahmad. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara. 

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply