Ditegur PU Syed jaga adab berpakaian, Sakinah mohon doa yang baik-baik

0

Pelakon Sharifah Sakinah terkenal dengan sikap terbuka dan berterus terangnya.

Jika dilihat gaya penampilan dan caranya menjawab soalan yang diajukan, memang Sakinah sangat telus dan menjadi diri sendiri.

Dalam erti kata lain, dia tahu apa yang dimahukan dan berusaha ke arah itu tanpa menghiraukan persepsi orang lain kepadanya.

Namun, Sakinah bukanlah seorang ego dan tidak sudi menerima teguran.

Terkini, dia berkongsi tangkap layar paparan Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Mohd Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed yang telah menghubunginya menerusi ‘direct message’ di Instagram dan memberi teguran serta nasihat tentang penampilan aktres itu yang menurutnya keterlaluan.

“Assalamualaikum. Ustaz harap saudari jagalah aurat dan nama baik keturunan kita.

“Alangkah sedihnya datuk kita melihat anak cucu berpakaian seperti ini.

“Mohon sangat-sangat jaga adab dalam berpakaian. Jika ada yang mengikut cara pakaian yang ditunjukkan, pasti dosa akan mengalir masuk dalam buku catatan kita”, nasihat PU Syed.

Sakinah dalam kapsyennya membalas, “I am sorry. Doakan yang baik-baik”.

Perkongsiannya itu menerima ribuan tanda suka pengikut. Rata-rata memohon agar Sakinah menerima teguran tersebut dengan hati terbuka demi kebaikannya.

Untuk rekod, PU Syed pernah memberi teguran kepada beberapa selebriti tanah air seperti Janna Nick, Zul Ariffin dan Intan Najwa yang menurutnya agak keterlaluan dalam beberapa ‘scene’ lakonan mereka.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply