Diskaun 50 peratus saman dibayar secara e-dompet

0

Menerusi beberapa aplikasi e-dompet, termasuk MyEG Services Bhd (MyEG), pesalah trafik telah ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus selama seminggu bagi pembayaran saman yang terkumpul.

Sepanjang pelaksanaan Ops Selamat berlangsung yang dijadualkan bakal dirasmikan esok, diskaun yang sama turut ditawarkan bagi tempoh seminggu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, tawaran tersebut diberikan susulan menurunan jumlah kutipan saman yang direkodkan sepanjang tahun lalu menurun kepada RM305.92 juta, berbanding RM338.7 juta pada 2018.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, jumlah kemalangan sepanjang tahun lalu meningkat 3.4 peratus membabitkan 567,466 kes berbanding 548,598 kes pada 2018.

Berbanding 2,964 kes pada 2018, kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah sepanjang 2019 membabitkan sebanyak 3,022 kes sekaligus meningkat sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tambah beliau lagi, jumlah kemalangan maut sepanjang tahun lalu menurun kepada 5,763 kes, berbanding 5,870 pada 2018. Jumlah kemalangan di jalan bandaran sepanjang tahun lalu meningkat kepada 262,417 kes berbanding 252,720 kes pada 2018.

“Selain itu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan kes kemalangan direkodkan berlaku di lebuh raya di seluruh negara, tahun lalu. Kita kini memberi tumpuan untuk menjalankan operasi bersepadu dengan jabatan lain serta ops khas dan mabuk,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, menegaskan indeks jenayah tahun lalu adalah di bawah nilai ambang iaitu 7.4 peratus atau 6,635 kes. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply