Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri ahli perniagaan

0

Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira yang kini bergerak aktif sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO melangsungkan pernikahan pada hari ini.

Dira yang tampil manis berbusana serba putih memilih seorang ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek sebagai pasangan hidup setelah setahun berkenalan.

Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000.

Berita gembira terbabit turut dikongsikan oleh rakannya yang juga merupakan jurusolek, Jijie Zainal.

“Selamat pengantin baru DIRA ABU ZAHAR❤️ Moga bahagia sampai syurga,huh mekap ko ni kan terus flash back zaman kita budak-budak hingusan masuk industri dulu hahaahahaha! Moga perkahwinan barokah dunia dan akhirat,syg ko nyehhh❤️❤️,” tulisnya.

Selamat pengantin baru Dira! Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply