Dipaksa ‘squat’ 1000 kali kerana berdengkur

0

Satu laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa bahawa Korea Utara telah menyeksa tahanan dalam penjara dengan kaedah kejam.

Ia seperti memukul, dipaksa melakukan kerja yang berat dan membuat ‘posisi pelik’ selama beberapa jam.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa keterangan tahanan serta kejadian yang berlaku antara Ogos 2020 sehingga Julai lalu.

Memetik satu keterangan tahanan yang direkodkan, dia dipukul oleh pengawal penjara menggunakan kayu, kerusi dan tali pinggang kulit.

“Kami dijadikan seperti objek untuk melepaskan geram, jika ada yang tidak kena atau mood mereka (pengawal penjara) tidak baik, kami akan dipukul tanpa sebab.

“Berdengkur ketika tidur juga menjadi satu kesalahan apabila pernah beberapa tahanan dihukum melakukan senaman ‘squat‘ atau cangkung sebanyak 1,000 kali sehingga ada dalam kalangan mereka pengsan,” katanya.

Katanya, ada juga tahanan yang dikehendaki meletakkan kepala di antara pagar besi sel dan mereka akan dipukul menggunakan cota.

Tidak cukup dengan itu, tahanan lain memberitahu mereka perlu melakukan beberapa posisi pelik yang memenatkan selama beberapa jam dan jika bergerak, mereka akan dipukul dengan rotan.

Laporan itu turut menceritakan mengenai aduan seorang tahanan wanita yang mendakwa kulit pipinya terkoyak, dagunya terkehel dan empat giginya tercabut akibat dipukul dengan kayu belati.

Lapor Daily Star, para tahanan turut berdepan masalah kebuluran apabila makanan dicatu, malah dihidangkan dengan makanan tidak berkhasiat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply