Dinobat sebagai individu berpengaruh di media sosial, Neelofa terima anugerah ‘Influencer Award Monaco’

0

Pengacara, pelakon dan usahawan hijab jenama Naelofar, Neelofa berkongsi satu entri di laman Instagramnya mengenai kejayaannya di Monaco.

Neelofa yang mendapat pengiktirafan ‘Influencer Awards Monaco’ itu berkongsi berita gembiranya bersama dengan para peminat dan rakan artis di laman Instagramnya.

“RECOGNITION”

“Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco. This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlight@neelofa ????????????????” , tulis Neelofa beserta gambarnya memegang trofi.

Influencer Awards Monaco adalah sebuah majlis berprestij khas untuk individu yang berpengaruh di laman media sosial.

Seiring dengan pencapaian Neelofa, aktres ini sering menjadi perhatian warganet, maka tidak hairanlah jika Neelofa terpilih sebagai salah seorang pemilik anugerah berkenaan.

Disamping itu, Neelofa juga berkongsi video serta gambar suasana ketika majlis itu berlangsung di Instastory miliknya.

Majlis ini dipengerusikan oleh keluarga DiRaja Monaco iaitu anak kepada Puteri Stephanie yang bernama Pauline Ducruet.

Rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh gadis kelahiran negeri Kelantan ini.

 

Leave a Reply