Dikepung 200 pemuda, terpaksa lari dan lompat pagar macam orang bersalah – Syed Saddiq

0

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama beberapa lagi ahli exco dan ahli pemuda terpaksa melarikan diri menggunakan jalan tikus dan melompat pagar apabila diserang ketika makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram.

Apabila terpaksa melarikan diri dan melompat pagar, lagaknya seperti orang bersalah pula, ujar Syed Saddiq.

Menurut Syed Saddiq, mereka dikepung oleh lebih kurang 200 orang pemuda yang berpakaian hitam yang lagaknya seperti gangster dan mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesaknya keluar dari Johor.

View this post on Instagram

Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah. Tapi,malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang. Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini. Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat. Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah. Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini. Saya ingin ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir, Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain. No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Kejadian tersebut berlaku ketika mereka berada di majlis makan malam bersama keluarga, rakan rakan dan turut ada bersama ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor.

Sekumpulan individu tersebut semua berdiri mengepung tempat makan mereka malah menyergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Paling teruk mereka menyergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) kalau mahu pulang dari majlis, ujar Syed Saddiq.

Turut bersama Syed Saddiq ketika kejadian ialah ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang, beberapa ahli Pemuda PPBM serta keluarga mereka. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply