Dikritik berpakaian ‘wanita akhir zaman’, Stacy tampil mohon maaf

0

Penyanyi Stacy menerima kecaman hebat netizen gara-gara tampil dengan pakaian yang dilabel warganet “wanita akhir zaman” ketika membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 pada 22 September lalu (Ahad).

Rentetan kata-kata kesat yang dihamburkan netizen melalui komen-komen di media sosial, Stacy meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan segelintir ‘keyboard warrior’ yang tangkas menjatuhkan hukum terhadap sesuatu keadaan dan sesama manusia.

Bukan sahaja Stacy dikecam, keluarganya turut menjadi mangsa kecaman netizen.

Terbaru di laman Instagramnya, Stacy tampil menjelaskan isu pemakaiannya yang diperkatakan ramai seperti ‘berbogel’ kerana mengenakan pakaian berwarna kulit (skin colour).

Ujarnya, kain seluar yang dipakai adalah tebal dan longgar serta warna liningnya kuning. Namun disebabkan lighting pentas ketika membuat persembahan, memberikan kesan kepada warna bajunya.

Akur dengan kesilapan itu, Stacy secara terbuka memohon maaf kepada semua peminatnya.

Untuk rekod penyanyi kelahiran Sabah, Stacy Anam atau nama sebenar Stracie Angie Anam telah memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bharu, Johor.

Stacy yang juga isteri kepada vokalis utama kumpulan The Majistret, Akim Ahmad memilih nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sebagai nama Islamnya.

Leave a Reply