Monday, May 10, 2021
Home BERITA Diherdik pelanggan kerana harga ayam melambung tinggi

Diherdik pelanggan kerana harga ayam melambung tinggi

0

Peniaga ayam di Kuala Terengganu bimbang kenaikan harga bahan makanan yang mendadak pada Ramadan ini, menjejaskan hasil jualan mereka.

Lapor Berita Harian seorang peniaga ayam di Pasar Bukit Besar, Hazriwana Mohd, berkata ia turut menimbulkan keresahan kepada pengguna sekali gus mencari alternatif sumber protein lain seperti ikan atau telur.

Beliau dari Kampung Wakaf Mempelam berkata, mengikut harga pasaran sekarang ayam dijual pada harga RM9.50 hingga RM10 sekilogram, meningkat berbanding RM7.80 sekilogram sebelum Ramadan.

“Malah, saya turut diherdik pelanggan kerana harga ayam terlalu mahal akhirnya jualan ayam tidak laris seperti kebiasaan Ramadan.

“Kami serba salah untuk meletakan harga bagi ayam yang dijualnya itu. Peniaga sendiri buntu memikirkan punca harga ayam meningkat mendadak walaupun baru tiga hari Ramadan.

“Biasanya awal Ramadan harga ayam stabil dan tidak tinggi tetapi sekarang berlainan dan peniaga juga terkesan dengan kenaikan harga itu,” katanya.

Hazriwana berkata, semua peniaga ayam merungut kerana jualan ayam sering tidak habis pada setiap hari.

“Peniaga hanya mampu menjual 20 hingga 30 ekor ayam sahaja sehari berbanding sebelum ini 50 ekor ke atas.

“Kami nak jual rendah daripada harga pasaran juga tak boleh kerana ia akan merugikan perniagaan.

“Untung pun bukan banyak untuk sekilogram ayam yang dijual malah kos lain seperti air batu juga perlu ditanggung peniaga,” katanya.

Beliau berkata, mereka tiada pilihan selain meneruskan perniagaan dengan mengekalkan harga yang ditetapkan pasaran.

“Kami harap kerajaan bantu dalam memastikan harga ayam di pasaran berada pada kadar yang berpatutan. Bukan sahaja untuk membantu pengguna tetapi turut membantu peniaga supaya jumlah jualan dapat dipertingkatkan sepanjang Ramadan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply