Digelar pengkhianat, Tian Chua diserang oleh penyokong PKR

0

Belum lagi reda kehangatan pertukaran Perdana Menteri, kini tular di laman sosial memaparkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Tian Chua diserang oleh penyokong PKR.

Dalam satu perkongsian video, memperlihatkan ramai yang berkumpul di pintu hadapan Ibu Pejabat PKR dan setelah Tian Chua keluar, penyokong PKR mulai menjerit dan melaungkan ‘pengkhianat’ terhadap Tian Chua.

Tian Chua kemudiannya dibaling botol minuman dan ditampar oleh para penyokong PKR yang berang terhadapnya dan kejadian berkenaan berlaku ketika Tian Chua keluar dari Ibu Pejabat PKR, tengah hari ini.

Ketika kejadian Tian Chua diiringi polis dan mendapat bantuan dari ahli reformasi namun tindakan Tian Chua keluar kembali dari kenderaan memburukkan keadaan kerana ketika itulah seorang lelaki tampil dan menamparnya.

Dipercayai ianya berhubung ketidakpuasan hati penyokong parti berkenaan tidak kerana Tian Chua dikatakan lebih cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply