Di kecam hebat netizen, DIOR padam iklan “Sauvage” Johnny Depp

0

Beberapa jam selepas teaser atau video iklan baharu minyak wangi “Sauvage” dari Dior dimuatnaik di media sosial Instagram dan Twitter, Dior telah bertindak memadamkannya serta merta.

Ia selepas iklan berdurasi 1.07 minit dibintangi Aktor terkenal Hollywood Johnny Depp menerima kecaman hebat dari warganet kerana dikatakan tidak sensitif dan rasis terhadap penduduk asli Amerika.

Perkataan Sauvage dalam bahasa Perancis bermaksud liar.

Untuk rekod ini bukan pertama kali syarikat berjenama antarabangsa mendapat kecaman hebat warganet di atas ketidakpekaan mereka.

Baru-baru ini, Kim Kardashian turut dikecam warganet Jepun kerana menamakan “shapewear” keluarannya dengan nama Kimono.

Susulan itu, Kim telah memohon maaf kepada semua peminatnya dan menukarkan nama Kimono kepada Skims.

Leave a Reply