Denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan jika guna telefon bimbit ketika memandu

0

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu akan menerima hukuman dan dihadapkan ke mahkamah.

Seperti yang diketahui umum, penggunaan telefon bimbit ketika menunggang atau memandu kenderaan antara punca yang menyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.

Namun masih ramai masyarakat tidak mengendahkan risiko keselamatan diri serta mengabaikan peraturan ini.

Berkuatkuasa 6 Julai lalu, kesalahan di bawah 17A, LN166/59 telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu dibicarakan ke mahkamah.

Hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan akan dikenakan sekiranya disabit kesalahan, jelas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan.

Manakala bagi sabitan kedua denda sebanyak RM2,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bakal dikenakan.

https://www.facebook.com/161086313901684/posts/3451088151568134/?sfnsn=mo

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply