Demi Moore kongsi foto rupa wajahnya ‘kembali normal’

0

Pelakon Hollywood Demi Moore berkongsi di laman Instagram wajahnya yang ‘kembali normal’ setelah mengejutkan peminat ketika muncul di pentas peragaan Fendi Spring-Summer 2021 di Haute Couture Fashion Week di Paris Rabu lalu.

Bintang berusia 58 tahun itu hampir tidak dapat dikenali dengan tulang pipi wajah yang menonjol serta bibir kelihatan ‘jatuh’.

Penampilan terbarunya mengejutkan ramai di laman media sosial, dengan beberapa pengguna Twitter menyoal apakah dia telah menjalani pembedahan plastik?

 

Ada pihak pula menyalahkan jurusolek kerana berlebihan dalam menatarias wajah dengan trik solekan yang terlalu berkontur membuatkan Demi kelihatan ‘sangat matang’.

Namun perkongsian foto terkini memperlihatkan Demi dengan wajah kembali normal.

Dalam foto terbabit, ibu kepada tiga anak tiga kelihatan cantik dengan memakai cermin mata tanpa sebarang solekan, pipi yang normal dan bibir mugil dengan rambut coklat panjangnya yang ikal.

Pada tahun 2007, bekas isteri pelakon aksi Bruce Willis ini menafikan desas-desus mengatakan dia telah menjalani pembedahan plastik bernilai USD 250,000 sebelum muncul dalam filem Charlie’s Angels: Full Throttle.

Wah… Hebat penangan alat solek yang mampu merubah wajah ya! 💄

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply