Demam EURO 2020, penyokong England bergasak di luar stadium

0

Penyokong England didapati bergaduh sesama sendiri di Wembley Way hanya beberapa jam sebelum final Kejuaraan Eropah 2020 menentang Itali, pagi ini.

Tidak dapat dipastikan punca pergaduhan itu, namun polis pantas menyuraikan keadaan.

Lapor Agensi media, ribuan penyokong sudah pun berpusu-pusu ke Stadium Wembley dan suasana panas dapat disaksikan membabitkan satu kumpulan di luar Box Park yang berdekatan dengan venue final itu.

Beberapa penyokong Three Lions dilihat bertumbuk antara satu sama lain selain ada yang mencekak leher penyokong lain.

Difahamkan, keadaan kembali tenang susulan kehadiran polis di luar stadium itu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply