Demam adalah tindak balas normal terhadap sebarang jangkitan

0

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain.

Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Suhu badan normal adalah sekitar 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut) dan jika rekod suhu melebihi tahap suhu normal ini bermakna anda dikira demam.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, setiap individu termasuk pelanggan, pengunjung dan pekerja perlu menjalani saringan suhu sebelum masuk ke dalam mana-mana premis seperti pasaraya atau pejabat.

Manakala, indvidu yang ditugaskan melakukan saringan ke atas orang ramai perlu mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai topeng muka, sarung tangan dan pelindung muka.

Kerajaan telah memutuskan kepada sesiapa sahaja yang didapati suhu badan 37.5 C atau lebih tidak dibenarkan masuk dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera di klinik berhampiran.

Berapakah tahap suhu yang dikatakan sebagai DEMAM ? ✔️ Setiap individu (pelanggan, pekerja, pengunjung) perlu…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Rabu, 06 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply