Datuk Shabudin Yahaya angkat sumpah Timbalan Menteri

0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia.

Majlis istiadat pengurniaan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya di Istana Negara semalam.

6 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong…

Posted by Jabatan Perdana Menteri on Monday, 6 July 2020

Datuk Shabudin Yahaya telah melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang telah disediakan.

Lafaz ikrar berkenaan turut disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir pada Istiadat berkenaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan turut hadir ke majlis penuh istiadat itu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply