Datuk Faroz harap rakyat Malaysia kekal pilih produk di Jakel

0

Melayu bodoh.

Tular di laman media sosial apabila adik kepada pemilik syarikat tekstil terkemuka, Jakel, telah mengeluarkan kenyataan menghina serta berbaur perkauman.

Ia bermula apabila Muzaffar dikatakan berbalas komen dengan pembaca berkaitan kebenaran yang diberi kepada premis perniagaan untuk kembali beroperasi apabila PKPB dikuatkuasakan pada 4 Mei.

Namun, rata-rata pembaca tidak berpuas hati dengan cara penulisan dan pemilihan perkataan Muzaffar yang dikatakan terlalu biadab dan menjatuhkan maruah orang Melayu.

Cuba untuk menjernihkan situasi, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel tampil membuat kenyataan.

Menurutnya, dia juga terkejut dan terkilan dengan tindakan adiknya itu.

Namun, perkara telah berlaku. Datuk Faroz mahupun Muzaffar sendiri telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelanggan Jakel yang majoritinya berbangsa Melayu.

Beliau berharap dibulan yang mulia ini, kita dapat saling bermaafan dan melupakan perkara yang lalu.

Datuk Faroz juga berharap agar para pelanggan dan rakyat Malaysia terus menerima dan kekal memilih Jakel sebagai gedung pilihan tekstil mereka.

Inilah yang dikatakan, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana tidak berpuas hati kepada seseorang, dihinanya pula kaum dan bangsa.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya.

Peringatan untuk diri sendiri dan semua, berfikir dahulu sebelum berkata-kata.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply