Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Datuk Dr. Marzuki Mohamad sebagai Ketua Setiausaha Sulit beliau berkuat kuasa mulai 1 Mac 2020.

Datuk Dr. Marzuki bin Mohamad, 46 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia dan beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik kelada Menteri Pendidikan pada tahun 2013 hingga 2015 dan seterusnya beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Berikutan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau telah kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada YB Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply