Dato’ Sri Ahmad Khusairi dilantik Timbalan Ketua Persuruhjaya (Operasi) SPRM

0

Dato’ Sri Ahmad Khusairi secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Perlantikan berkenaan dilaksanakan bagi menggantikan Dato’ Seri Azam Baki yang telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac lalu.

Dengan perlantikkan ini Pengurusan Tertinggi SPRM telah bersetuju ia akan mula berkuatkuasa pada hari ini,15 April 2020.

Dato’ Sri Ahmad Khusairi merupakan seorang Pegawai Siasatan Badan Pencegah Rasuah pada tahun 1992 sebagai permulaan kerjayanya.

Sepanjang berkhidmat beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuklah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malah beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Perisikan sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan pada 24 Disember tahun lalu.

Selain itu, bekas Pengarah SPRM Johor iaitu Dato’ Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu bagi menggantikan Dato’ Sri Ahmad Khusairi berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Akademi Pencengahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staff Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

*KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM*DATO' SRI AHMAD KHUSAIRI DILANTIK TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SPRM…

Dikirim oleh SPRM pada Selasa, 14 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply