Dato’ Shamsul Anuar dilantik Pengerusi Akademi UMNO Malaysia

0

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Akademi UMNO Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Tenaga & Sumber Asli berkata portfolio berkenaan merupakan amanah besar pada negara bagaimanapun tanggungjawab terhadap parti tetap diberi keutamaan.

”Melalui perbincangan saya dengan Presiden UMNO, kesimpulannya saya perlu menumpukan tanggungjawab sebagai Menteri Tenaga & Sumber Asli.

“Maka, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Presiden UMNO YB DS Zahid Hamidi telah mengumumkan perubahan kepada struktur UMNO Malaysia. Tempat saya selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia diambil alih oleh Saudara Shahril Hamdan.

“Saya masih Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan bagi membolehkan saya terus menyumbang pada parti saya dilantik oleh Presiden UMNO dan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebagai Pengerusi Akademi UMNO Malaysia,” ujar beliau dalan satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada pimpinan tertinggi UMNO disemua peringkat terutama Ketua Penerangan UMNO Negeri dan bahagian seluruh negara kerana membantu dalam menjalankan tanggungjawab.

“Suatu pengalaman yang sangat bernilai bila diamanahkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia ketika UMNO BN bukan sebuah kerajaan. Kemudian melepaskan jawatan ketika UMNO telah menjadi sebahagian dari kerajaan.

“Saya mohon maaf jika ada kelemahan ketika saya menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Saya yakin Saudara Shahril Hamdan mampu berperanan sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru,” katanya.

– THE MALAYA POST

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply