Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 Ahli Parlimen bentuk blok bebas

0

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan muafakat Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk blok bebas di Parlimen.

Dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitter miliknya, beliau turut menyenaraikan 11 nama Ahli Parlimen yang terlibat.

“Kami, Ahli-Ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” tulis Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tepat jam 1.00 tengah hari, hari ini (24 Februari 2020).

Tidak lama kemudian, Tun Dr. Mahathir turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Surat berkenaan dihantar ke ibu pejabat parti hari ini, menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply