Dato’ Seri Hishamuddin sering berhubung rapat dengan rakan sejawat, saling berbalas pandangan

0

Dato’ Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan perancangan asal lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia terpaksa ditangguhkan.

“Baru selesai 45 minit video call dengan rakan sejawat di Indonesia 🇮🇩 ibu Retno Marsudi. Kami bercakap mengenai penangguhan Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang sepatutnya hujung bulan ini” tulis beliau.

Menurutnya, beliau dan Ibu Retno juga turut berbincang melalui video call tentang Sidang ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Vietnam pada bulan hadapan.

Mereka turut membincangkan mengenai wabak COVID-19 dan berkongsi pengalaman dalam usaha membantu rakyat masing-masing yang terkandas di luar negara.

Mereka juga bersetuju untuk bekerjasama demi membantu rakan serantau yang sebahagiannya meminta bantuan Malaysia dan Indonesia untuk membawa pulang rakyat mereka.

Selain itu, Dato’ Seri Hishamuddin turut menyentuh tentang perhimpunan tabligh di Indonesia serta berkongsi kaedah menghalang penularan wabak COVID-19.

Tambah beliau lagi, sebelum menamatkan perbualan, sebagai saudara serumpun mereka tekad untuk terus bekerjasama rapat demi memperkukuhkan hubungan dua negara dan beliau akan berusaha yang terbaik demi rakyat.

Just finished an in-depth 45-minute video conference with Ibu Retno Marsudi, 🇮🇩 Indonesia’s Foreign Minister this…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Kamis, 19 Maret 2020

Dalam pada itu, semalam melalui perbualan video antara Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dengan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, HH Prince Faisal bin Farhan Al Saud.

Ke dua-dua pemimpin ini mengakui kerana dek krisis Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia, mereka tidak dapat berhubung secara fizikal.

Namun jelas Dato’ Seri Hishamuddin, adalah sangat penting bagi Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi untuk mengembalikan semula hubungan baik kedua-dua negara ke landasan yang betul.

“Selepas bercakap dengan HH Putera Faisal, saya yakin ia dapat dilakukan. InsyaAllah”, katanya.

Berikut rakaman perbualan video antara YB Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dengan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, HH Prince Faisal bin Farhan Al Saud.

Alhamdullilah, managed to have a video conference with HH Prince Faisal bin Farhan Al Saud, the Minister of Foreign…

Dikirim oleh Hishammuddin Hussein pada Kamis, 19 Maret 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply