Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bidas Warisan pertahan PSS sebelum kalah PRK Parlimen Kimanis, sekarang kenapa u-turn?

0

Dato’ Seri Hishammuddin Hussein membidas PH (Pakatan Harapan)-Warisan yang sebelum ini mempertahankan Pas Sementara Sabah (PSS) sehingga menuduh Barisan Nasional (BN) menjadikan isu ini sebagai modal politik ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis.

“Sampaikan, apabila BN dan rakyat Sabah mengkritik PSS demi keselamatan dan kesejahteraan Sabah, PH-Warisan tuduh BN jadikan PSS modal politik, malah sanggup fitnah BN yang laksanakan PSS.

“Sebelum kalah PRK Kimanis, bukan main garang PH-Warisan pertahan Pas Sementara Sabah (PSS),” tulis beliau di laman Facebooknya.

Beliau turut bertanya, “sekarang kenapa u-turn?,” ujarnya sambil mengingatkan PH-Warisan agar menjadikan ini sebagai pengajaran dan jangan ego serta taksub berpolitik sehingga sanggup mengabaikan kritikan rakyat.

Ahli Parlimen Sembrong ini turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat Sabah dan Parlimen Kimanis kerana mengajar PH-Warisan tentang nilai dan makna kuasa rakyat.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal membuat pengumuman membatalkan keputusan pelaksanaan PSS selaras dengan kehendak dan suara rakyat.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, beliau berkata pembatalan pelaksanaan PSS itu yang diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri negeri akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply