COVID-19 : Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah dibenarkan pulang

0

Dato’ Seri Hamzah Zainudin dibenarkan pulang ke rumah Ahad lalu selepas lebih dua minggu menerima rawatan dan pemantauan rapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam satu kenyataan media, Menteri Dalam Negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas hadapan yang memberi khidmat cemerlang dan layanan mesra tidak mengira penat Ielah sepanjang tempoh beliau menerima rawatan.

“Kepada semua pihak yang telah bertanya khabar, memberikan kata semangat dan mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan.

“Keprihatihan anda semua telah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus melawan virus COVID-19,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan kerjasama penuh kepada barisan petugas hadapan dan Kerajaan dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik COVID-19.

“Saya berdoa kehadrat Allah agar kita semua diberikan nikmat kesihatan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya,” kata beliau.

Terdahulu, Ahli Parlimen Larut Menteri disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan COVID-19 pada 11 Januari lalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply