Dato’ Seri Hamzah Zainudin positif COVID-19

0

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan COVID-19 semalam.

Beliau akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, beliau memohon semua kontak rapat tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan pihak KKM.

 

Dalam satu kenyataan media, kementerian terbabit berkata sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply