Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dilantik Setiausaha Agung BERSATU baharu

0

Dato’ Seri Hamzah Zainuddin kini sah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baharu.

Pelantikan ini dibuat bagi mengantikan Dato’ Marzuki Yahya yang telah dipecat dari jawatan berkenaan pada 18 Mac lalu.

Keputusan terbabit telah dipersetujui oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Segala tugas Setiausaha Agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan BERSATU hendaklah dijalankan oleh Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Marzuki Yahya atas khidmat beliau sebagai Setiausaha Agung.

“Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Dato’ Seri Hamzah Zainuddin,”ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Pelantikan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 26 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply