Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu letak jawatan sebagai MB Perak

0

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan di Perak telah tumbang.

Maka selari dengan perkara berkenaan, beliau telah mempersembahkan peletakan jawatan beliau selaku Menteri Besar dan memaklumkan pelucutan kesemua jawatan ahli ahli Exco secara serta merta.

Dalam satu sidang media, Dato’ Seri Ahmad Faizal berkata beliau turut menyembah maklum Ke Bawah Duli Tuanku, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan bersepakat menerima apa sahaja titah perkenan dari Duli Yang Amat Mulia Tuanku untuk melantik seorang Menteri Besar baharu dan menubuhkan kerajaan dengan melantik Exco.

Tambah beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mencalonkan dan mencadangkan kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku, dirinya sebagai calon menteri besar.

Kemelut politik di Perak berakhir apabila terdapat empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada PH meninggalkan parti masing-masing.

Ia sekaligus menyebabkan gabungan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dari PH.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply