Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri

0

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

 

Ahli Parlimen Marang ini juga merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Untuk rekod beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemegang ljazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ljazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply