Dato’ Jamal Abdillah timang anak keempat di usia 61 tahun

0

“Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini,” demikian ungkap penyanyi legenda, Dato’ Jamal Abdillah sempena kelahiran anak keempatnya hari ini.

Bayi lelaki yang selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta Ipoh, Perak telah diberi nama El Issac Yamani, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 61 tahun dengan Datin Zai Izzati, 25 tahun.

El Issac Yamani dilahirkan sempurna dan sihat dikhabarkan sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack.

Jika anda masih ingat, Zack merupakan nama karakter Dato’ Jamal dalam filem Azura yang telah memasyhurkan nama beliau sekitar tahun 1980-an.

“Sebenarnya, berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat doktor, isterinya dijangka bersalin pada 17 November ini,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada hari ini 11 November kerana tarikhnya sangat unik dan  mudah untuk diingati.

Secara kebetulan pula, anak ketiga Dato’ Jamal, Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati tarikhnya iaitu pada 10 Oktober 2019 (10.10.2019).

Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 1 April 2017.

Penyanyi yang masih kekal awet muda sebelum ini sudah memiliki dua orang anak melalui perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.

Manakala Azura pula merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.

Tahniah dari kami warga kerja The Malaya Post.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply