Dato’ Hattan menyeru orang ramai patuhi arahan PKP

0

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita telah pun memasuki fasa kedua.

Dalam tempoh itu semua masyarakat diwajibkan berada di rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja.

Malangnya, masih ada segelintir daripada masyarakat yang mengambil ringan dan sewenang-wenangnya berkumpul dengan rakan-rakan.

Menerusi laman media sosial Instagramnya @Dato’ Hattan memuatnaik video teguran kepada orang ramai khususnya penduduk Negeri Sembilan.

Nyata penyanyi popular ini kecewa akan sikap acuh tak acuh dengan arahan PKP.

Dia turut menasihati orang ramai agar sedar tentang kepentingan mematuhi arahan PKP dan apakah implikasi jika mengingkarinya..

Mereka bukan sahaja perlu memikirkan keselamatan dan kesihatan diri, malah perlu punyai sikap bertimbang rasa terhadap para petugas barisan hadapan yang terpaksa menanggung risiko berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Apakah yang terlalu sukar untuk masyarakat mendengar arahan?

Apakah kerana kurangnya kesedaran akan bahayanya wabak pendemik ini atau mereka merasakan arahan ini menyusahkan?

Jangan sampai virus ini menyerang diri sendiri dan keluarga tersayang, barulah hendak mengambil tindakan. Pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur.

Dikirim oleh Dato hattan pada Rabu, 08 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply