Dato’ Dr Noor Hisham terima anugerah ‘The BrandLaureate Award’

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah ‘The BrandLaureate Award’.

KKM dianugerahkan ‘Certificate of Recognition and Appreciation’ oleh The World Brands Foundation di atas peranan serta usaha barisan hadapan negara dalam membendung dan mengekang penyebaran COVID-19.

Sebagai pengiktirafan kepimpinan beliau dalam mendorong rakyat mendepani cabaran pandemik, Dr Noor Hisham dikurniakan anugerah ‘Outstanding BrandLeadership Award 2020’.

Kedua-dua anugerah disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff di Ibu Pejabat KKM semalam (17 Julai).

#COVID19: KKM dan KPK terima anugerah PUTRAJAYA, 17 Julai 2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianugerahkan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 17 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply