Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah diiktiraf doktor terbaik dunia kendali wabak COVID-19

0

China Global TV Network mengiktiraf Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang Doktor Terbaik Dunia diatas pengorbanan dan usaha mengendalikan dan memerangi wabak COVID-19.

Portal China Global Television Network (CGTN) menamakan Dr Noor Hisham dan dua lagi tokoh perubatan iaitu Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand sebagai ‘wajah paling dipercayai’ serta menggelar mereka sebagai penyampai kebenaran dan hero dunia.

Anak kelahiran dari sebuah keluarga Cina (keturunan Hokchiew) di Sepang ini sering tampil tenang ketika mengumumkan dan menyampaikan maklumat buat orang ramai.

 

Tidak hanya itu, setiap hari Dr Noor Hisham pasti akan meluangkan sedikit masanya untuk memuatnaik atau berkongsi perkembangan terkini mengenai penularan, jangkitan, dan jumlah peningkatan mahupun penurunan kes COVID-19 di laman sosial miliknya tidak kira masa.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply