Dato’ Alha Alfa sumbang pelindung kepala petugas hospital

0

Dalam usaha barisan paling hadapan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani kes mangsa jangkitan virus COVID-19, pelbagai pihak persendirian tampil menghulurkan bantuan.

Bukan sahaja badan korporat serta pemilik rangkaian perniagaan berjaya, malah beberapa selebriti popular tanah air turut serta tampil memberi sumbangan mengikut kemampuan.

Penata rias selebriti popular tanah air MUA Dato’ Alha Alfa bermurah hati berkongsi rezeki dengan membekalkan penutup kepala pakai buang (disposable headcover) untuk kegunaan kakitangan hospital.

Ini adalah salah satu daripada kelengkapan prosedur dalam perubatan yang wajib dipakai sebagai langkah keselamatan buat kakitangan yang berhadapan dengan mangsa virus COVID-19.

Menerusi laman media sosial Instagramnya @alhaalfa, beliau berkata sumbangan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kini beliau dalam usaha untuk menyumbang kepada Hospital Putrajaya dan hospital di kawasan Klang dan juga Kuala Selangor.

Dato’ Alha juga menzahirkan penghargaan buat rakannya, pengacara dan pelawak @jihanmuse kerana sama-sama sudi membantu menjayakan misi ini.

Semoga segala bantuan sampai kepada yang memerlukan dan dipermudahkan urusan mereka yang kini bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mangsa COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply