Darurat ini bukan rampasan kuasa tentera – PM

0

Pengisytiharan darurat sehingga Ogos ini bukan dalam bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan, sebaliknya kerajaan awam akan terus berfungsi seperti sedia kala dan tidak terganggu.

Demikian memetik Pengumuman Darurat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersiaran secara langsung di semua saluran televisyen jam 11 pagi hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengisytiharkan proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas diperdengarkan cadangan daripada Kabinet, semalam.

“Sepanjang tempoh ini, pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil tidak akan diadakan. Parlimen dan Sidang Undangan Negeri juga ditangguhkan,” ujar beliau.

Menurutnya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan yang akan berbincang dan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam negeri selama 14 hari bermula tengah malam ini sehingga 26 Januari, manakala enam negeri lagi dikenakan PKP Bersyarat dan dua negeri PKP Pemulihan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply