Saturday, March 6, 2021
Home LAPORAN KHAS INSPIRASI Dari Wartawan Portal ke Bidang Pertanian

Dari Wartawan Portal ke Bidang Pertanian

0

TEMERLOH : Siapa sangka bekas Wartawan The Malaysian Insider dan AntaraPos, Syed Muaz Syed Putra kini aktif membantu bapanya dalam ternakan Madu Kelulut di Kg Belengu, Temerloh Pahang.

(Syed Muaz memeriksa koloni lebah madu kelulut)

Ketika dihubungi wartawan The Malaya Post, Syed Muaz berkata antara lebah yang diternak adalah dari spesis Geniotrigona thorasica (Thora) dan Heterotrigona itama (Itama).

“Kebiasaannya saya dan ayah akan masuk ke kebun seminggu dua kali, ketika di kebun biasanya kami akan periksa sarang Kelulut dan bersihkan kawasan sekitar. Biasanya tempoh ambil madu tiga bulan sekali”.

Madu kelulut antara madu yang kian popular dalam kalangan penggemar madu.

Untuk rekod kandungan madu kelulut ini sangat tinggi dengan komposisi antiseptik, antimikrobial, anti kanser, anti radang, ejen penyembuhan luka dan pertahanan dari fungsi sel eritrosit.

Komposisi dalam madu kelulut telah terbukti lebih berkhasiat dari segi perubatan jika dibandingkan dengan jenis-jenis madu lain.

Kelebihan pada madu kelulut inilah yang melonjak permintaan terhadapnya sehingga mempunyai nilai tinggi dan berpotensi dijadikan sumber perniagaan.

Malah harga madu kelulut boleh mencecah sehingga ke ratusan ringgit bergantung kepada tahap kualiti madu serta kaedah pemprosesannya.

Menurut Syed Muaz, buat masa ini Madu Kelulut ini dipasarkan di sekitar Temerloh sahaja, dan turut dijual secara online.

Dan ketika ditanya adakah dia sudah beralih arah kepada petani moden dan meninggalkan kerjaya sebagai wartawan, ini jawabnya.

“Nak kata beralih arah tidak juga tapi buat masa ini peluang pekerjaan pun susah, jadi saya ambil kesempatan untuk bantu ayah uruskan kebun madu kelulut di sini”.

Mereka yang berminat untuk membelinya, boleh hubungi bapanya Syed Putra Syed Ahmad di talian tertera 016-3778328.

Leave a Reply