Dari Tel Aviv ke Singapura, pesawat pengintip ujian Israel rentas ruang udara Putrajaya

0
Foto : Ehsan Airtimes.my

Sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

Lapor Sinar Harian, penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.

Katanya, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.

“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.

“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya.

Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.

Terdahulu Portal Airtimes.my melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Foto : Ehsan airtimes.my

Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta.

Tinjauan di FlightRadar 24 mendapati pesawat tersebut terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara pulau itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Melihat semula rekod penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu.

Pesawat tersebut kemudiannya menuju ke Teluk Aqaba, Semenanjung Sinai, Mesir.

Pada 20 Mei, pesawat tersebut telah tiba di utara Selat Melaka pada pukul 6 pagi waktu Malaysia. Seterusnya, pesawat milik syarikat pertahanan Israel itu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki 17 minit kemudian.

Isyarat 4X-AOO kemudiannya hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada pukul 11.30 pagi.

Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. Ianya direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan mairitim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.

Pesawat ini pernah digunakan bagi mengesan dan menjejak kapal yang menyeludup senjata ke Palestin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply