Dari penerbit program TV3 “Teganu Kita” kini bergelar usahawan restoran makanan Terengganu

0

Dari bekas penerbit program tv, berhijrah menjadi petani dan kini bergelar usahawan berjaya.

Encik Khairizal Gairollah bekas Penerbit Kanan di Jabatan Berita dan Hal Ehwal semasa TV3, kini mengusahakan restoran yang menyediakan masakan dari Pantai Timur bersama rakan kongsinya yang dikenali sebagai Pak Ucop.

Ketika ditemubual oleh The Malaya Post, Khairizal yang dahulunya terkenal dengan bakat penerbitan tv dan penulisan bersahaja namun berkesan menceritakan detik sebelum membuka perniagaan Restoran Keluarga Pok Ucop, yang terletak di Denai Alam, Shah Alam.

“Asalnya saya dihubungi kawan bertanya sama ada saya berminat utk menjadi rakan kongsi berniaga makanan.

“Semasa itu saya sibuk dengan bertani, pada saya mungkin sudah masanya saya terjun ke dunia perniagaan kerana pengalaman dalam dunia penyiaran memudahkan saya memasarkan perniagaan ini”, cerita Khairizal.

‪Mr Raymond Goh @RaymondNewsMPB ‬bersama Khairizal dan krew media prima di Restoran Keluarga Pok UCOP.

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Selasa, 17 Desember 2019

Tambahnya lagi, kerana sukakan negeri Terengganu dan masakan Pantai Timur mendorongnya untuk membuka restoran berkenaan ditambah pula mempunyai rakan kongsi yang memang berasal dari Terengganu, maka mereka akan memastikan masakan menepati cita rasa dan selera masyarakat di Kuala Lumpur.

Selain menyediakan masakan dari Pantai Timur, restoran itu juga menyediakan makanan pagi, Western, roti bakar, aneka sup, air buah dan pelbagai pilihan juadah lain lagi.

Good morning!Dah breakfast blom tu?Jom la try “American Breakfast” di Restoran Keluarga PokUCOP! 😃

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Jumat, 06 Maret 2020

Hujung minggu macam hari ni kalau dapat minum fresh juice mesti best kan?Jom bersantai di Restoran Keluarga PokUCOP dan…

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Minggu, 01 Maret 2020

Teringin makan makanan western?Kini anda boleh menikmati makanan western seperti lamb chop dan chicken chop di Restoran Keluarga PokUCOP.Rasa yang semestinya “ Da Bomb!”

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Jumat, 28 Februari 2020

Restoran Keluarga Pok Ucop beroperasi setiap hari bermula jam 08.00 pagi sehingga 01.00 pagi.

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Jumat, 06 Desember 2019

Untuk rekod, Khairizal juga pernah menjadi penerbit program Teganu Kita, sebuah rancangan pelancongan santai yang dihoskan bersama Ikhwan, Engku Azmin dan Nik Suryani untuk slot TV3.

Haaa apa lagi, jom ke Restoran Keluarga Pak UCOP,  menyajikan pelbagai menu menyelerakan dengan harga berpatutan.

Tahniah dari kami buat warga Restoran Keluarga Pak UCOP !!

Anda dah jemu makan ayam dan daging?Ingin mencuba sesuatu yang lain?Cubalah order masakan puyuh seperti “Puyuh Masak…

Dikirim oleh Restoran Keluarga Pok UCOP pada Kamis, 30 Januari 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply