Daphne Iking tampil berhijab raih pujian netizen

0

Perkongsian beberapa foto yang dimuat naik  pengacara Daphne Iking di Instagram yang memaparkan dirinya menggayakan selendang sambil membuat ulasan berbayar tarik tumpuan nerizen.

Rata-rata netizen menitip doa dan pujian yang buat pengacara terkenal, Daphne Iking selepas tampil ayu berhijab dengan sempurna.

“Suka dengan penampilan baharu awak. Semoga terus iqtiqamah”.

“Sangat cantik dengan berhijab. Moga Daphne terus kekal istiqamah ya.

“Masya-Allah, awak cantik berhijab. Malah, lebih menyerlah dengan keindahan ini,” tulis netizen.

Untuk rekod, Daphne memeluk agama Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan bernikah dengan pilihan hatinya, Azmi Abdul Rahman setahun kemudian.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply