Dalang menjual, bocor 4 juta data peribadi adalah pengkhianat negara – Exco Pemuda PN

0
Sayid Amir Muzzakkir Al Aydrus , Exco Pemuda Perikatan Nasional

Pemuda Perikatan Nasional hari ini menegaskan bahawa dalang yang menjual dan membocorkan empat juta data peribadi wajar di gelar sebagai pengkhianat negara.

“Menjual, membocorkan empat juta data peribadi adalah satu kesalahan besar yang tidak boleh di kompromi, wajar di beri hukuman setimpal. Mereka yang melakukan perkara seperti ini wajar di gelar pengkhianat negara” tegas Exco Pemuda PN Sayed Amir Muzzakkir Al Aydrus kepada The Malaya Post.

Tegas beliau lagi, semua agensi kerajaan yang mengunakan data myIDENTITIY daripada JPN segera pertingkat langkah dan protokil bagi mengelakkan kebocoran data berulang.

“Pemuda PN juga memohon agar semua agensi yang menggunakan data myIDENTITY daripada JPN segera pertingkat langkah dan protokol keselamatan bagi mengelakkan kebocoran data berulang dan dengan mudah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab” katanya.

Dalam pada itu, Pemuda PN memuji dan berpuas hati tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara kerana segera memulakan siasatan kes ini dengan telus dan terbuka.

“Pemuda PN memuji dan berpuas hati tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri(KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan agensi berkaitan menyiasat satu dakwaan wujudnya penjualan empat juta data rakyat Malaysia yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui perkongsian Sistem myIDENTITY milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)”

Menurut JPN, siasatan dalaman mendapati tiada kebocoran data berlaku dalam sistem di JPN,  Malah, JPN juga mengesahkan tiada sebarang kes seperti demikian yang pernah berlaku sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan bahawa dalang kebocoran data peribadi ini adalah kerja orang dalam yang berada dalam beberapa agensi kerajaan yang berkongsi perkhidmatan Sistem myIDENTITY JPN.

“Pemuda PN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sindiket ini membantu menyalurkan pada pihak berkuasa agar dalang kes ini dapat segera di tangkap dan di hadap ke muka pengadilan” ujar Sayed Amir Muzzakkir lagi.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply