Dalam tempoh 12 jam, PDRM terima 300,000 permohonan permit pergerakan

0

Memetik perkongsian laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima kira kira 300,000 permohonan permit pergerakan antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 12 jam melalui aplikasi Gerak Malaysia dan angka tersebut dijangka meningkat menjelang 1 Mei 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed berkata daripada jumlah itu, 100,000 individu memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan pengisytiharan PKP.

GERAK MALAYSIA : PDRM TERIMA 300,000 PERMOHONANPDRM menerima 300,000 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia dalam…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 26 April 2020

Pihak polis memastikan bahawa setiap permohonan yang diterima berdasarkan tujuan yang dibenarkan sahaja supaya perancangan pergerakan antara negeri dapat berjalan dengan lancar dan tidak menyulitkan para pengguna lebuh raya atau jalan raya.

Dalam tempoh yang ditetapkan, pihak polis akan memantau dan menilai trend permohonan yang diterima melalui aplikasi berkenaan.

Hasil pemantauan dan penilaian akan dimaklumkan kepada kerajaan agar tarikh pergerakan seperti mana yang diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan yang diterima.

Orang ramai dinasihatkan agar dapat memberi kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan atas sebab sahih seperti yang ditetapkan.

Kerjasama semua pihak adalah penting bagi memastikan sistem aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan oleh mereka yang perlu untuk melakukan pergerakan antara negeri.

Perkembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri tersebut akan diumumkan kelak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply