Dalam Kenangan : Mutiara Kata “Fikir-Fikirkanlah” Allahyarham Farit Ismeth Emir RTM

0

Video dedikasi khas buat Allahyarham Farit Ismeth Emir oleh The Malaya Post. Sumbangan beliau dalam dunia berita, penyiaran amat besar. Semoga Roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang soleh.

Pembaca berita bersuara lunak dan intonasi yang cukup unik, Farit Ismeth Emir atau lebih dikenali sebagai “pak ngah” dikalangan warga kerja dilaporkan meninggal dunia pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Amat dikenali sebagai penyampai berita Malaysia terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta pekerja veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan berkenaan.

Beliau yang berusia 66 tahun juga pernah menyumbangkan suara emasnya dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa beliau, “Gaya, mutu dan keunggulan”.

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan tujuh cahaya mata dan salah seorang daripadanya merupakan seorang DJ iaitu Farzwa De-Attahir Emir atau lebih popular dengan panggilan DJ Fuzz.

Warga kerja portal ‘The Malaya Post’ mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin.

Al-Fatihah…

 

Leave a Reply