Dadah bernilai lebih RM1 juta dirampas

0

Sebuah bot yang disyaki membawa dadah jenis syabu berjaya ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di Pos Platun Taktikal Wallace Bay, Tawau, Sabah.

Kira-kira 20 bungkusan dadah seberat 21,193.82 gram dianggarkan bernilai lebih
RM1 juta dirampas.

Seorang lelaki warga tempatan lingkungan 40-an yang bergerak dari arah Nunukan, Indonesia menuju ke Malaysia ditangkap kerana dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan dadah.

Hasil siasatan Pasukan Gerakan Am (PGA) menjumpai empat biji tayar berserta rim dimana setiap darinya mengandungi lima bungkusan berwarna hijau tertera perkataan ‘Guanyinwang’.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply