Cute sangat ni! Telatah bakal anak-anak tiri Sharifah Sakinah mahu ayah cepat kahwin menghiburkan

0

Baru-baru ini pelakon Sharifah Sakinah membuat pengakuan disebuah rancangan televisyen akan mengakhiri status ibu tunggal dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris kelahiranSweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Pilihan teman hidup Sakinah juga merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai anak lelaki dan perempuan.

Menunggu detik diijabkabulkan, Sakinah berkongsi sebuah video tentang keterujaan bakal anak-anak tirinya menjelang hari bahagia ayah dan ibu baru mereka.

Dengan telatah comel, mereka berlumba-lumba mahu mengambil bahagian dalam menyempurnakan majlis bersejarah itu nanti.

Terserlah kemesraan dan kegembiraan mereka sekeluarga menerima ahli baru.

Menurut Sakinah, dia mengharapkan agar perkahwinan jarak jauh itu akan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply