‘Cukup sampai di sini sayang’ – UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN

0

UMNO Terengganu kekal konsisten untuk meneruskan hasrat bagi bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, DUN dalam pilihan raya umum, PRU akan datang.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata pendirian UMNO Terengganu jelas dan PAS Terengganu juga telah menyatakan pendiriannya untuk mempertahankan di semua kerusi disandang PAS.

Dato’ Seri Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis perasmian UMNO Cawangan Padang Pak Wan, Parlimen Marang, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dan Penyelaras Dun Alor Limbat, Nik Rosidi Megat Deraman. –THE MALAYA POST

Leave a Reply