Cukai digital bermula 1 Januari, Facebook umum akan kenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak enam peratus

0

Menerusi ucapan pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan cukai (SST) ke atas semua servis digital yang ada di Malaysia.

Pelaksanaan caj cukai berkenaan sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Justeru itu, facebook telah mengumumkan akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun hadapan.

Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh Facebook ia akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

Perihal cukai perkhidmatan adalah tertakluk kepada pengiklanan alamat di negara ini.

Cukai perkhidmatan akan ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik.

Malah ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Sebagai contoh, jika pengguna dikenakan caj sebanyak USD100 kerana telah mencapai waktu pengebilan.

Berikutan itu, sub jumlah bagi caj tersebut ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan jadi jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Leave a Reply