Cuba bisnes musim PKP 2.0, Asam Pedas Phewiiit Amy Search dapat sambutan hangat!

0

Vokalis rock lagenda, Amy Search tidak menyangka percubaan sekadar suka-suka mempromosi masakan air tangannya iaitu Asam Pedas Daging Keting atau nama lainnya ‘Beef Shank’ mendapat perhatian dan menerima permintaan tinggi di kalangan kenalan serta pengikutnya.

Menurut Amy, idea memasak dan menjual ini tercetus selepas dia dan isteri, Norish berasa bosan tanpa melakukan sebarang aktiviti sebaik kerajaan mengumumkan PKP 2.0 sehingga 26 Januari depan.

“Kita fikir apa nak buat. Berkebun sudah, semua sudah, tapi tak boleh ke mana-mana,

“Jadi saya cakap pada isteri, masaklah jom. Cuba jual. Tak sangka banyak pula yang minat dan buat tempahan,” kongsi Amy.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Instagram peribadinya, kelihatan Amy mempertontonkan rakaman kemahirannya beraksi di dapur memasak 10 kilogram daging bagi memenuhi tempahan.

 

Memasuki hari kedua, Amy mengaku hidangan Asam Pedas Daging Keting resipi asli miliknya itu telah membuat aktivitinya di musim PKP 2.0 menjadi sibuk dan tak menang tangan.

“Pagi-pagi dah bersilat di dapur. Alhamdulillah, rezeki,” kata Amy penuh kesyukuran.

Bapa kepada pelakon dan pengacara Nabila Huda itu turut berkongsi perasaan gembira kerana tempahan sehingga esok (hari ini) sudah penuh dan memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan.

Setakat ini, Amy hanya beroperasi di Denai Alam dan semua yang membeli perlu mengambil sendiri tempahan mereka. Tempahan pula dibuat dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 50 bungkusan sehari.

Amy memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana memiliki kepakaran dalam bidang masakan dan ianya membawa rahmat dan rezeki buatnya dalam fasa PKP 2.0 ini.

Wah! Nampak menarik. Admin pun nak tempah jugalah nanti!

Semoga Amy berjaya dalam bidang yang diceburi ini 💪🏻

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply