Covid-19 : ‘Ziarah Aidilfitri’ di pusat beli-belah cetus risiko jangkitan baharu

0

Tindakan orang ramai ‘menyambut Aidilfitri’ bersama keluarga di beberapa pusat beli-belah ketika Hari Raya dibimbangi menjadi risiko kewujudan jangkitan baharu COVID-19.

Ini kerana kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sejumlah individu dikesan mengambil kesempatan melakukan ziarah Aidilfitri di pusat beli-belah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melarang ziarah rumah ke rumah.

“PKP diumumkan bermula 12 Mei hingga 7 Jun untuk menghalang jangkitan terus berlaku, dengan menyekat aktiviti rentas daerah dan negeri, aktiviti sosial, makanan di restoran, menggalakkan bekerja di rumah dan melarang ziarah di rumah (pada Aidilfitri).

“Namun, isu ketara yang kita kesan ialah apabila kita tak benarkan berhimpun di rumah, ramai ambil kesempatan untuk bertemu di pusat beli-belah yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

“Ini berisiko mencetuskan krisis jika jangkitan COVID-19 berlaku di pusat beli-belah dalam negara.

“Kita ada kebimbangan yang tinggi berlakunya pertambahan kes akibat pertemuan ahli keluarga pada Hari Raya antara 13 hingga 15 Mei lalu di pusat beli-belah,” katanya pada sidang media mingguan secara maya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply