COVID-19 : Warga Filipina korban ke-125

0

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan terdapat penambahan satu kes baharu berkaitan COVID-19 hari ini.

Kes kematian ke-125 merupakan lelaki warganegara Filipina berumur 64 tahun dan mempunyai rekod kesihatan penyakit jantung.

Menurut laporan pesakit mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas pada 25 Julai namun tidak mendapatkan rawatan segera.

Pada 29 Julai, pesakit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah dimana pesakit disahkan meninggal dunia.

Ujian saringan menunjukkan pesakit adalah positif COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply