COVID-19 : Warga emas sakit kronik korban ke-116

0

Dukacita dimaklumkan terdapat satu kes kematian baharu direkodkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah sebanyak 116 kes.

Kes ke-116 membabitkan warga emas berusia 61 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 29 Mei lalu dan telah dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.

Pesakit merupakan lelaki warganegara Malaysia mempunyai rekod penyakit darah tinggi, kencing manis dan barah buah pinggang.

Menurut laporan CPRC, pesakit meninggal dunia kelmarin (4 Jun) pada jam 10.20 malam.

Terkini #covid19malaysia, 05 Jun 2020Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian baharu dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah sebanyak 116 kes(1.40%).

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 5 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply